kau mawarku

Friday 23 January 2015

Semudah Sabar

Kau kata semudah sabar, semudah tenang, sama mudahnya dengan kau yang berkata-kata tu. hakikatnya bukan kau yang berhadapan dengan rasa ini. aku yang rasa, tanpa sedar kau dah buat perkara yang paling mudah hanya modalkan air liur.. iaitu berkata-kata. perasaan tak, apabila kita berada di dalam kerumitan, mereka disekeliling berniat baik cuba menenangkan hati kita dengan ucapan, "sabarlaaaa..., bertenanglahh....and bla bla bla.."
hakikatnya tu semua tak membantu.

terkadang, mereka cuba reverse psikology kita balik. 
"kau tak payah buang masa habiskan airmata kau untuk lelaki yang tak tahu nak hargai kau, kau jangan jadi bodoh beria menangis macamni lah"
sahabat... kalau lelaki tu bahagiakan aku gembirakan aku untuk apa aku menangis lagi, pasti aku sedang ketawa mengekek-ngekek sekarangni, Aku menangis sebab lelaki tu tak pernah hargai aku..hati aku sakit, air mata tu menzahirkan kekecewaan aku.

beberapa ketika, saat emosi ini jatuh menyembah. sunyi dan gelap mengelilingi hidup yang kosong. datang seorang sahabat, menghulur tangan meminjamkan bahu untuk disandarkan rasa percaya padanya. Ya, hanya mereka yang pernah mengalaminya yang mampu memahami kesakitan ini.
dingin malam itu, aku tak keseorangan. Alya, Wanie dan Amy ada dengan aku pegang jemari aku dan berkongsi air mata ini.
baru aku sedar, aku masih ada sahabat yang setia dengan aku, menangkap aku ketika jatuh.



No comments:

Post a Comment


click here sayang..