kau mawarku

Wednesday 21 January 2015

Jodoh Rahsia Allah

tak semua yang bercinta berakhir dengan happy ending. kita hanya merancang Dia yang menentukan. perancangan Dia sebaik-baik perancangan. apa yang kita perlu lakukan ialah redha, tawakkal dan pasrah menyerah. Dia tak kejam, tapi Dia sedang perhatikan kita dari atas dan yakin Dia sedang merencanakan sesuatu yang sangat indah buat kita. yakinlah.... waktu dan saatnya tiba Dia akan beri. pengakhiran sebuah kisah cinta bukan pengakhiran sebuah kehidupan..malah itu adalah permulaan kepada sebuah kehidupan, betapa kau gagah bangun dan berdiri sendiri tanpa bantuan seorang lelaki. ya.. cari sudut positif dan fikirkan kelebihannya... banyak!

sunyi? pada siapa mahu dilempiaskan rasa marah, rasa sedih, rasa gembira dan 1001 rasa ini? ingatlah pada satu hal yang pasti. Allah sentiasa ada 24/7 tidak pernah tidur tidak pernah jemu tidak pernah walau sekali pun mengabaikan hambaNya.. mengadulah padaNya, letakkan kepercayaan padaNya, menangislah kepadaNya.. meminta apa jua padaNya, ceritakan semua masalah, keluhan, kegembiraan kepadaNya. Allah sentiasa rindu melihat dan mendengar keluhan hamba-hambaNya. sedar tak, semasa kita leka dengan cinta sesama manusia kita lalai tanggungjawab terhadap Allah. kita lupa janji-janji kita pada Allah, kita agungkan cinta sesama manusia lebih dari cinta kita kepadaNya. pernah tak kita terfikir, yang Allah rindu sangat nak dengar kita mengadu padaNya, kita sujud kepadaNya??

sebab itu Allah bagi ujian perpisahan ini, bukan untuk membolak-balikkan hati ini. bukan juga Allah kejam sebab Allah tak nak tengok kita bahagia!!! sama sekali tak sayang...
renungkan... Allah sayang kita, dia rindu kita sebabtu dia pisahkan cinta kita sebab lelaki tu bukan yang terbaik untuk kita. Allah nak yang terbaik untuk kita, Allah selamatkan kita dan Allah dah tetapkan seorang lelaki iaitu jodoh kita. 
persoalannya,siapa??  biarkan ia menjadi rahsia Allah.

Farhani Helmi

No comments:

Post a Comment


click here sayang..